Latest News

bergai jenis senjata dari masa ke masa.

Kamis, 21 Januari 2010 , Posted by rebrond at 06.33


Submesingan Thompson, juga dikenali sebagai Tommy gun, merupakan submesingan Amerika Syarikat yang terkenal semasa era larangan ( prohibition ). Ia biasa dilihat dalam filem gangster pada masa itu; gangster sebenar menggelar tommy gun sebagai "mesin taip Chicago" dan gemarkan saiznya yang padat dan keupayaan tembakan automatiknya yang tinggi, senjata automatik adalah sah bagi orang awam memilikinya pada masa itu.

Senapang Kalashnikov atau AK 47 direka oleh seorang petani di Siberia , Rusia bernama Mikhail Timofeevich Kalashnikov

Panjang 85.5 cm menggunakan peluru kaliber 7.65 mm. Apabila ditembak memuntahkan 100 peluru seminit dengan kecepatan 699 meter per detik atau 2560 kilometer perjam.

Di negara Rusia, senjata ini dikeluarkan dalam pelbagai jenis. Jika ditujukan kepada manusia, tubuh manusia akan terbelah dua. Senapang ini amat popular ketika Afhanistan menentang Rusia.

M16 adalah raifal tempur yang dikeluarkan oleh firma Colt Firearms, Amerika Syarikat yang menggunakan peluru berkaliber 5.56 x 45 mm NATO bagi menggantikan raifal M-14 yang

digunakan sebelumnya. Raifal ini digunakan sebagai senjata tempur utama oleh infantri Amerika pada tahun 1967. M16 juga turut digunakan oleh 15 negara NATO dan lain-lain negara kecuali Russia dan negara-negara blok komunis.

Senapang jenis Simonov SKS (Samozaryadnyj Karabin Simonova = Simonov Self-loading Carbine) adalah sejenis senapang karbin separa automatik yang dicipta oleh pencipta Soviet Union bernama Sergei Gavrilovich Simonov (1894 - 1986). Prototaip SKS dibuat pada awal

tahun 1945, dan diuji di medan tempur dalam peperangan menentang tentera Jerman.

Selepas tahun 1945, karbin SKS dan katrij pelurunya diperbaiki dan diterima untuk kegunaan tentera Soviet dalam tahun 1949 bersama-sama senapang tempur AK-47. SKS diguna dengan meluas sehingga tahun 1970-an dan selepas itu mula ditarik balik dari kegunaan utama dan kini sama ada disimpan dalam simpanan ataupun telah dilupuskan sepenuhnya oleh pengguna-penggunanya. Walaupun demikian, senapang SKS ini masih digunakan untuk upacara istiadat rasmi oleh Pasukan Pengawal Kehormat Tentera Rusia (Russian Honor Guards).

Mesingan M60 ialah sejenis mesingan tempur yang mempunyai kaliber 7.62mm. Secara formalnya, senjata ini dipanggil Machine Gun, 7.62mm, M60 menggunakan katrij peluru 7.62 x 51 mm yang disalur menggunakan belt feed.

Mesingan M60 boleh digunakan sebagai senjata pertahanan ataupun senjata serangan. Dalam kegunaan sebagai senjata serangan, ia boleh digunakan dengan kadar tembakan yang lebih tinggi, dan mempunyai jarak berkesan yang lebih jauh. Kaliber peluru yang digunakan juga lebih besar daripada peluru 5.56mm yang digunakan oleh raifal tempur M16]. Sebagai senjata pertahanan, keupayaan mesingan disepadukan dalam persiapan pertahanan sesebuah unit tentera.

Mesingan M60 paling berkesan dalam jarak 1,100 meter apabila dipasangkan di di atas tripod. Jarak berkesan sekiranya menggunakan bipod pula adalah 800 meter. Kor Marin Amerika Syarikat menggunakan mesingan M60 sehingga jarak 1,500 meter dengan berkesan apabila digunakan oleh penembak yang terlatih.

Mesingan M60 telah digantikan secara amnya dalam perkhidmatan tentera Amerika Syarikat oleh mesingan sederhana jenis M240 dan juga oleh senjata automatik skuad M249 SAW. Walaupun demikian, mesingan M60 masih digemari dan digunakan sebagai senjata bantuan dan dipasangkan kepada kenderaan.

Mesingan RPD merupakan sejenis mesingan butan Soviet Union yang digunakan oleh kebanyakan tentera negara-negara Komunis. Ia dibuat di Soviet Union dan Republik Rakyat China. RPD bermakna Ручной Пулемет Дегтярева (Ruchnoy Pulemyot Degtyareva) (Degtyarev light machine gun).

Mesingan RPD direka untuk Tentera Soviet dalam tahun 1944 untuk kegunaan sebagai senjata automatik bantuan untuk skuad tentera. Mesingan ini diterima untuk perkhidmatan dengan tentera Soviet dalam tahun 1950-an. Penembak boleh menggunakan mesingan ini secara meniarap menggunakan bipod yang ada di mesingan tersebut. Penembak juga boleh menggunakan mesingan ini secara berdiri dengan mesingan digantung di paras pinggang dengan bantuan satu tali galas. Peluru disuap masuk menggunakan suapan rantai tidak berkecai - non-disintegrating belt feed.

Di Republik Rakyat China, senjata ini ditiru dan dikeluarkan dengan beberapa pengubahsuaian dalaman dan diberikan nama Type 56. mesingan ini kemudiannya dibekalkan dengan banyak untuk kegunaan NVA dan juga NLF (Viet Cong) semasa Perang Vietnam.

Mesingan RPD digantikan dalam perkhidmatan tentera Soviet dalam tahun 1960-an dengan mesingan RPK yang lebih moden, Walaupun anggota tentera tidak gembira dengan pertukaran tersebut, mesingan RPD hanya digunakan oleh pasukan simpanan dan kini sudah tidak digunakan lagi oleh tentera Rusia.

Tentera gerila memberontak sepert

i Tamil Tigers masih menggunakan mesingan ini dalam pemberontakan mereka menentang kerajaan Sri Lanka.

Pelancar (atau Pelontar) Grenad M79 adalah sejenis senjata yang menjadi masyhur semasa mula digunakan di dalam Perang Vietnam. Tentera Amerika Syarikat menggelarkannya sebagai Thump Gun, Blooper ataupun Thumper. Di kalangan tentera Australia, ia dipanggil Wombat Gun.

Senjata ini kelihatan se

perti senapang patah dengan laras yang besar yang dipotong pendek. Larasnya dipatahkan ke bawah untuk mengisi grenad. Senjata ini boleh menembakkan grenad tabur, damak ataupun insidiari. M79 membolehkan askar infantri melontar grenad 40mm sejauh 375 meter dan boleh melontar grenad asap ataupun letupan. Untuk tempur jarak dekat, grenad jenis flechette yang meledakkan sejumlah damak besi kecil digunakan. Grenad yang meledakkan peluru tabur juga d

iperkenalkan untuk kegunaan tempur arak dekat.

Dalam tahun-tahun 1960-an dan 1970-an, tentera Am

erika Syarikat mencuba memasang beberapa jenis pelontar grenad kepada senapang tempur M16. Satu versi senapang ini XM148 dihantar untuk kegunaan semasa Perang Vietnam.

Kini, pelontar grenad ini digantikan dalam perkhidmatan tentera Amerika Syarikat dengan pelontar grenad M203. Namun demikian, pelontar grenad M79 masih digunakan dalam beberapa peranan khusus dalam perkhidmatan polis dan tentera, seperti dalam ketenteraman awam.

Senjata ini pernah digunakan oleh pasukan Rejimen Askar Melayu Diraja misalnya Kapten Hamid Awang dari Kompeni D RAMD semasa operasi melawan komunis.

Pada 7 April 1973, Kapten Hamid dan pasukannya mengesan perkhemahan musuh. Kapten Hamid yang bersenjatakan M79 tersebut menembakkan grened ke perkhemahan musuh dan mara ke situ. Semasa pertempuran, salah seorang daripada pihak komunis cuba hendak menembak salah seora

ng anggota tentera pimpinan Kapten Hamid. Tetapi Kapten Hamid menerkam ke arah musuh tersebut dan menghentak leher musuh dengan udi senjata M79 yang dipegangnya.

M72 LAW adalah sistem senjata pakai buang menggunakan roket 66mm yang boleh digunakan menentang kereta kebal ringan ataupun perkubuan musuh. Walaupun hanya 2.3 kg, ia efektif sehingga jarak 200 meter.

Pelancar roket M72 LAW (Light Anti-Tank Weapon) adalah sejenis senjata pakai buang yang digunakan oleh tentera Amerika Syarikat. Senjata ini melancarkan sebuah roket anti kereta kebal dengan kaliber 66 mm dan boleh memusnahkan perkubuan musuh (bunker), kereta perisai ringan dan kenderaan lain. Senjata ini dibuat oleh Nammo Raufoss AS di Norway.

Senjata ini terdiri dari satu silinder pelancar yang diliputi dengan satu silinder pelindung yang kalis air untuk melindungi roket dan alat peledak roket (percussion cap) yang berada di dalam. Apabila hendak digunakan, silinder yang didalam ditarik keluar ke arah belakang, dan melangsungkan picu ke tempatnya dan menguncikan silinder tersebut. Senjata ini sedia untuk digunakan.

Apabila dilaancarkan, bahan dorong (propellant) roket terbakar sehingga habis, mengeluarkan gas sekitar suhu 760° Celcius. Ini melonjakkan roket keluar daripada silinder dengan anjalan yang tidak kuat. Apabila roket dilancarkan daripada silinder sepenuhnya, sirip kawalan roket akan terkeluar daripada pangkal roket untuk menstabilkan penerbangan roket. Setelah digunakan, silinder tadi dibuang begitu sahaja.

RPG 7 merupakan sejenis senjata pelancar roket anti-kereta kebal buatan Kesatuan Soviet. Di Rusia, ia dikenali dengan nama РПГ-7, dan dikeluarkan secara meluas untuk kegunaan Kesatuan Soviet dan sekutunya. Senjata ini juga dieksport dengan meluas dan boleh diperolehi dengan mudah di pasaran gelap.

RPG-7 (Ruchnoy [mudah alih] Protivotankoviy [anti-kereta kebal] Granatomet [pelancar grenad]-7) 6G3 adalah senjata anti-kereta kebal mudah alih yang ditembak ketika dikandar di atas bahu untuk melancarkan sebiji grenad yang didorong tujahan roket. Senjata ini tahan lasak dan mudah digunakan. Ia juga murah tetapi mempunyai keberkesanan yang tinggi. Ciri-ciri ini menjadikannya sistem pelantar roket yang paling banyak digunakan di dunia. Senjata kini digunakan oleh sekurang-kurang 40 buah negara, tidak termasuk pergerakan gerila pembebasan dan juga oleh kumpulan-kumpulan haram.

Senjata ini mula digunakan oleh Tentera Soviet dalam tahun 1961 untuk menggantikan senjata RPG-3 dan satu sistem pelancar dibekalkan kepada setiap skuad pasukan tentera. Konsep asalnya berteraskan sistem roket Bazooka buatan Amerika Syarikat dan sistem Panzerfaust buatan Jerman.

Senjata ini digunakan dengan meluas di dalam semua konflik. Senjata ini digunakan untuk menembak jatuh 2 buah helikopter MH-60 Blackhawk semasa Pertempuran Mogadishu di Somalia (dikenali di serata dunia sebagai Blackhawk Down). Senjata ini juga digunakan oleh Taliban untuk menentang tentera Amerika dan tentera NATO di Afghanistan.

Model untuk kegunaan tentera payung terjun boleh dipecahkan menjadi dua bahagian untuk memudahkan pergerakan anggota payung terjun bergerak ketika mengenakan payung terjun. Type 69 buatan China lebih ringan.

Versi yang dikeluarkan pada tahun 2001 dan sekarang digunakan oleh tentera Rusia adalah versi RPG-7V2 yang boleh melancarkan roket jenis biasa dan juga roket jenis HEAT (High Explosive Anti Tank), dan roket jenis "termobarik" (proses di mana bahan letupan menggunakan oksigen daripada udara dan bukannya bahan pengoksidaan di dalam bahan peledak). RPG-7V2 mempunyai sistem pembidik UP-7V dengan kanta teropong untuk membolehkan pengguna membidik sasaran yang jauh.


Currently have 0 komentar:

Leave a Reply

Posting Komentar